Program Advokasi Pendidikan Air SADA

891689273_1113111091692358_7143185929725930181_n.jpg

ALOR SETAR, 5 November 2026 – Seramai 594 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar telah menyertai Program Advokasi Pendidikan Air anjuran Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) yang berlangsung pagi tadi.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha SADA mendekati generasi muda dengan memberi pendedahan mengenai kepentingan air dalam kehidupan, proses penyampaian bekalan air serta peranan setiap pengguna dalam menghargai dan menggunakan sumber tersebut secara berhemah.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/18c73JcBww/

Melalui pendekatan yang lebih dekat dengan suasana pembelajaran di sekolah, para pelajar turut diberikan kefahaman bahawa bekalan air yang dinikmati setiap hari melalui satu proses dan pengurusan yang perlu dijaga bersama.

Pendedahan sejak di bangku sekolah diharap dapat membantu membentuk sikap yang lebih bertanggungjawab terhadap penggunaan air, sekali gus membawa amalan tersebut ke rumah dan kehidupan seharian.

SADA akan terus memperluaskan program advokasi dan pendidikan air kepada sekolah serta institusi pendidikan sebagai salah satu pendekatan membina kesedaran masyarakat mengenai nilai dan kepentingan sumber air.

SADA merakamkan penghargaan kepada pihak SK Sultanah Asma atas kerjasama dan ruang yang diberikan dalam menjayakan program ini.