SADA Santuni Kakitangan Sempena Sambutan Deepavali 2026
ALOR SETAR, 1 November 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Kakitangan SADA Sempena Deepavali 2026 yang berlangsung di Menara SADA.
Seramai 28 orang kakitangan SADA yang meraikan Deepavali menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan hamper sebagai tanda ingatan serta penghargaan daripada syarikat sempena perayaan tersebut.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/19qAKrAcwe/
Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, YBhg. Dato’ Radzuan Osman bersama barisan pengurusan SADA.
Dalam majlis sama, wakil kakitangan, Encik Mariappan A/L Perumal turut menyampaikan ucapan mewakili rakan-rakan yang diraikan sebelum diteruskan dengan ucapan Ketua Pegawai Eksekutif SADA.
Penganjuran majlis ini menjadi ruang untuk SADA berkongsi kegembiraan bersama warga kerja yang menyambut Deepavali, di samping mengeratkan hubungan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga SADA.
SADA berharap sumbangan yang disampaikan dapat menambah keceriaan sambutan Deepavali serta menjadi tanda penghargaan kepada warga kerja yang terus bersama-sama menyumbang kepada perjalanan dan perkhidmatan syarikat.
