Bengkel Pemurnian Belanjawan & Petunjuk Prestasi Urama (KPI) 2027

861806611_1108220822181385_5347832406084551561_n.jpg

KUALA MUDA, 1 November 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Belanjawan dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2027 yang berlangsung di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai bermula 27 hingga 29 Oktober 2026 yang lalu.

Bengkel yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, YBhg. Dato’ Radzuan Osman itu diadakan bagi meneliti dan memuktamadkan perancangan utama SADA menjelang tahun 2027.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/19ciCMbNYy/

Antara fokus utama bengkel ialah perancangan Belanjawan 2027 bagi memastikan peruntukan dan sumber kewangan syarikat dirancang dengan teliti berdasarkan keutamaan operasi, keperluan semasa serta perancangan SADA bagi tahun hadapan.

Perancangan belanjawan bagi tahun 2027 turut memberi tumpuan kepada empat teras utama iaitu Penurunan Air Tidak Terhasil (NRW), Meningkatkan Rizab Margin Air Negeri Kedah, Memperkasa Aset Bekalan Air serta Digitalisasi.

Turut diberi perhatian ialah pemurnian KPI 2027 bagi memastikan sasaran yang ditetapkan jelas dan selari dengan keutamaan serta hala tuju syarikat.

Sesi pemurnian ini turut melibatkan penyelarasan sasaran antara jabatan dan wilayah sebagai panduan kepada pelaksanaan serta pencapaian prestasi sepanjang tahun 2027.

Selain sesi mesyuarat, barisan pengurusan serta kakitangan turut menyertai beberapa aktiviti team building yang disusun bagi mengukuhkan kerjasama, komunikasi dan persefahaman dalam pasukan.

Bengkel ini turut memberi ruang kepada barisan pengurusan untuk menyelaras keutamaan dan memperkemas sasaran kerja sebelum melangkah ke tahun 2027