SADA Santuni 44 Anak Yatim Sempena Deepavali
SUNGAI PETANI, 30 Oktober 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Advokasi Pendidikan Air sempena perayaan Deepavali bersama anak-anak daripada Rumah Kebajikan Arutjyothi Vallalar Mandram.
Seramai 44 orang anak yatim diraikan menerusi program berkenaan di mana mereka diberi peluang memilih dan membeli pakaian baharu sebagai persiapan sempena perayaan Deepavali tahun ini.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/14uzLfGdXsw/
Dalam progran sama, SADA turut menyelitkan pengisian berkaitan pendidikan air sebagai usaha berterusan dalam memupuk kesedaran mengenai kepentingan menghargai sumber air dan mengamalkan penggunaan secara berhemah.
Program kemudiannya diteruskan dengan majlis penutup di Rumah Kebajikan Arutjyothi Vallalar Mandram bersama anak-anak serta pihak pengurusan rumah kebajikan.
Menerusi program ini, SADA bukan sahaja berpeluang berkongsi kegembiraan sempena musim perayaan, malah dapat mendekati komuniti dan membawa bersama mesej mengenai nilai air dalam kehidupan seharian.
SADA berharap sumbangan yang diberikan dapat menceriakan sambutan Deepavali anak-anak yang diraikan serta meninggalkan kenangan yang bermakna buat mereka.
