Program Townhall Forum Air 2026 Negeri Kedah
ALOR SETAR, 27 Ogos 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menyertai Program Townhall Forum Air 2026 Negeri Kedah. Program tersebut telah diadakan di Dewan SMK Alor Merah, Alor Setar.
Program tersebut dianjurkan oleh Yayasan Ikram Malaysia. Antara agensi yang dijemput menyertai program tersebut ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), SADA dan Indah Water Konsortium (IWK).
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1C9FmNRG4B/
Antara pengisian program tersebut ialah sesi pembentangan oleh agensi yang terlibat serta sesi dialog terbuka bersama orang ramai. Pihak SADA telah diwakili oleh Pengurus Besar Teknikal & Operasi SADA, Ts. Hizaruddin Razak.
Program ini dapat dijadikan sebuah platform yang membuka ruang kepada komuniti untuk menyuarakan pandangan, pengalaman dan aspirasi berkaitan perkhidmatan air demi kesejahteraan rakyat.
