SADA Laksana Kerja Penyelenggaraan dan Penambahbaikan di LRA Sungai Petani/Pinang Tunggal
SUNGAI PETANI, 16 Ogos 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) sedang melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Petani/Pinang Tunggal bagi memastikan sistem agihan air dapat beroperasi dengan lebih baik dan berkesan.
Kerja-kerja tersebut mula dilaksanakan pada jam 8.00 malam, 15 Ogos 2026 dan ketika ini pasukan teknikal SADA sedang giat menjalankan kerja-kerja berkenaan di tapak.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1BXZHhYStB/
Pelaksanaan kerja ini turut melibatkan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan elektrik oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), selain pemasangan peralatan pemantauan aliran air mentah oleh SADA sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pemantauan dan pengurusan sistem bekalan air.
Sehubungan itu, gangguan bekalan air berjadual berlaku di beberapa kawasan di sekitar Daerah Kuala Muda, melibatkan sebahagian besar Sungai Petani dan kawasan sekitarnya, termasuk kawasan perumahan, perindustrian, institusi pendidikan, premis kerajaan serta beberapa fasiliti kesihatan.
Kerja-kerja penambahbaikan ini dilaksanakan bagi memastikan sistem bekalan air terus berada pada tahap keupayaan yang baik, selain menyokong usaha SADA meningkatkan kecekapan operasi dan pemantauan bekalan air kepada pengguna.
SADA akan terus memantau perkembangan kerja dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan bekalan air dapat dipulihkan secara berperingkat selepas kerja-kerja selesai.
