Hari Air & Alam Sekitar Negeri Kedah 2026
SIDAM, 14 Ogos 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) turut mengambil bahagian sebagai pempamer menerusi reruai SADA sempena Program Hari Air & Alam Sekitar Negeri Kedah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam, Daerah Kuala Muda yang berlangsung di Perkarangan Pejabat Penghulu Sidam Kiri.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1VdVxUu6pY/
Penyertaan SADA menerusi reruai pameran ini menjadi platform untuk syarikat mendekati masyarakat setempat, di samping memberikan penerangan dan informasi berkaitan perkhidmatan bekalan air dan hubung kait antara kepentingan memelihara sumber air dengan fungsi tugas SADA dalam sektor pembekalan air terawat kepada rakyat Negeri Kedah.
SADA turut menyambut baik penganjuran program seumpama ini yang dilihat sebagai platform penting dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kelestarian sumber air dan alam sekitar demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.
SADA merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Pejabat EXCO Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah atas ruang dan peluang yang diberikan kepada SADA untuk turut serta dalam program ini dan berharap ianya dapat diteruskan di masa akan datang.
