Program Santun Kasih SADA
YAN, 13 Ogos 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Pengurusan Wilayah Utara 1 telah melaksanakan Program Santun Kasih di Asrama Budi, Daerah Yan sebagai inisiatif keprihatinan terhadap kebajikan pengguna dan institusi setempat.
Program tersebut diketuai oleh Pengurus Wilayah Utara 1, Ts. Helmi Mohamad Jusoh dan dilaksanakan susulan aduan berkaitan peningkatan caj bil air yang drastik di premis berkenaan.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1Lmq4Yx3QW/
Hasil pemeriksaan yang dijalankan, SADA telah mengenal pasti beberapa lokasi kebocoran pada sistem perpaipan dalaman premis yang dipercayai menyumbang kepada peningkatan caj bil air. Susulan itu, warga kerja Wilayah Utara 1 turut melaksanakan kerja-kerja pembaikan bagi membantu menyelesaikan permasalahan tersebut.
Program ini ibarat serampang dua mata apabila usaha SADA membantu menangani isu kebocoran air turut disusuli dengan inisiatif menyantuni kebajikan penghuni Asrama Budi melalui sumbangan yang disampaikan.
SADA berharap usaha yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak Asrama Budi dalam menguruskan penggunaan air dengan lebih baik, di samping memberi manfaat kepada penghuni dan pihak pengurusan premis
