Lawatan Penanda Aras SADA Ke Loji Rawatan Air Sungai Kinta dan Ulu Kinta
IPOH, 29 Julai 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Jabatan Keselamatan telah mengadakan lawatan penanda aras pada 23 Julai 2026 yang lalu ke Loji Rawatan Air Sungai Kinta, Loji Rawatan Air Ulu Kinta serta Empangan Sultan Azlan Shah yang diuruskan oleh Metropolitan Utilities Corporation (MUC) Sdn. Bhd.
Delegasi SADA telah diketuai oleh Pengurus Jabatan Keselamatan, Encik Mohamad Zulfadli Mohamad Yusoff, dengan penyertaan kakitangan daripada Jabatan Keselamatan dan Jabatan Pengeluaran.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1Lu6HtMCVq/
Lawatan ini bertujuan mendapatkan pendedahan serta berkongsi pengalaman berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), khususnya di fasiliti bekalan air yang telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Negara.
Sepanjang lawatan, delegasi SADA telah diberikan taklimat mengenai pelaksanaan sistem pengurusan KKP, pengurusan risiko, prosedur keselamatan, pelan tindakan kecemasan serta inisiatif penambahbaikan berterusan yang diamalkan oleh pihak MUC. Delegasi turut berpeluang meninjau operasi loji rawatan air dan empangan bagi melihat pelaksanaan amalan keselamatan di lapangan.
Lawatan ini diharapkan dapat memberi input berguna kepada SADA dalam memperkukuh budaya kerja selamat serta meningkatkan tahap pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di seluruh operasi syarikat.
SADA merakamkan penghargaan kepada pihak MUC atas kesudian menerima kunjungan delegasi serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik yang boleh dijadikan rujukan dalam usaha memperkasakan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di SADA
