Selamat Maju Jaya Kontinjen UniSHAMS Ke SUPTIM 2026

753150794_1016792564657545_4039834126273738589_n.jpg

KUALA KETIL, 23 Julai 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) menyatakan sokongan terhadap penyertaan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) ke Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) 2026 melalui sumbangan sebagai rakan penaja.

Sumbangan tersebut disampaikan sempena Majlis Flag-Off Kontinjen UniSHAMS Ke SUPTIM 2026 yang telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Tuan Haji Muhammad Radhi Mat Din.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1EdPY8Jjaf/

Dalam majlis tersebut, penyampaian cek cura SADA telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Komunikasi Korporat SADA, Encik Ahmad Hakimi Abu Bakar mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SADA, YBhg. Dato’ Radzuan Osman.

SADA merupakan antara rakan penaja yang tampil menyokong penyertaan kontinjen UniSHAMS ke kejohanan tersebut sebagai tanda komitmen dalam menyokong pembangunan bakat dan kecemerlangan generasi muda.

Diharapkan sumbangan yang disalurkan dapat memberi suntikan semangat kepada para atlet UniSHAMS untuk memberikan persembahan terbaik serta mengharumkan nama institusi serta Negeri Kedah dalam Kejohanan SUPTIM 2026.

SADA mengucapkan selamat maju jaya dan selamat bertanding kepada seluruh kontinjen UniSHAMS.