Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 SADA
ALOR SETAR, 15 Julai 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengadakan Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 bagi Sistem Pengurusan Kualiti pada 14 Julai 2026 di Menara SADA.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Operasi SADA, Ir. Saiful Azlan Mat Radhi dan turut dihadiri oleh pasukan juruaudit daripada AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd., wakil Jabatan Standard Malaysia serta pegawai-pegawai yang terlibat.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1BtNgriQRz/
Audit pensijilan semula ini dilaksanakan bagi memperbaharui pensijilan ISO 9001:2015, di samping menilai keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti SADA serta memastikan pematuhan berterusan terhadap keperluan standard berkenaan, khususnya di loji rawatan air dan secara keseluruhannya di seluruh organisasi SADA.
SADA telah mengekalkan pensijilan ISO 9001:2015 sejak tahun 2020 sebagai bukti komitmen berterusan dalam memperkukuh sistem pengurusan kualiti, meningkatkan kecekapan operasi serta memperkasakan budaya penambahbaikan berterusan dalam organisasi.
Diharapkan audit yang dilaksanakan ini dapat membantu SADA terus mengekalkan standard pengurusan yang tinggi sekali gus menyokong usaha penyampaian perkhidmatan bekalan air yang berkualiti kepada pengguna di Negeri Kedah
