Naik Taraf LRA Padang Saga Fasa 3 Beri Manfaat kepada Penduduk Langkawi

727419015_990034077333394_8356027436993290205_n.jpg

LANGKAWI, 22 Jun 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman telah mengadakan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air (LRA) Padang Saga Fasa 3 bagi meninjau kemajuan kerja projek naik taraf sistem rawatan air di loji tersebut, semalam.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Ketua Pegawai Operasi SADA, Ir. Saiful Azlan Mat Radhi, barisan pengurusan kanan SADA, pihak kontraktor serta perunding projek.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1QWLFdwEX2/

Melalui projek ini, kapasiti reka bentuk loji telah berjaya ditingkatkan sebanyak 9 juta liter sehari (MLD), sekali gus menyumbang kepada peningkatan rizab margin bekalan air Negeri Kedah secara keseluruhan.

Peningkatan kapasiti ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 21,000 akaun pengguna di Langkawi menerusi bekalan air yang lebih stabil dan dapat memenuhi permintaan air yang semakin meningkat, khususnya ketika musim cuti persekolahan serta penganjuran acara bertaraf antarabangsa seperti Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA).

Pada masa yang sama, penambahbaikan sistem rawatan ini turut meningkatkan keupayaan loji untuk merawat sumber air mentah daripada Empangan Malut, terutamanya ketika musim kemarau dan empangan berada pada paras yang rendah.

Projek ini diharapkan dapat memperkukuh sistem bekalan air di Langkawi serta menyokong pertumbuhan sektor pelancongan dan pembangunan ekonomi pulau berkenaan pada masa hadapan