Bengkel Pemurnian Key Performance Indicator (KPI) 2026
ALOR SETAR, 18 Jun 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Key Performance Indicator (KPI) 2026 yang berlangsung di Dewan Seminar, Menara SADA.
Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi SADA, Ir. Saiful Azlan Mat Radhi dan melibatkan penyertaan pengurusan syarikat serta wakil-wakil jabatan dan wilayah.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/197P9wKLDA/
Penganjuran bengkel ini bertujuan memperkukuh pemahaman serta menyelaras penetapan indikator prestasi utama bagi memastikan sasaran dan hala tuju organisasi dapat dilaksanakan secara lebih berkesan, selaras dengan keperluan semasa dan visi syarikat.
Selain menjadi platform untuk memperhalusi KPI sedia ada, bengkel ini turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan dan cadangan penambahbaikan dalam usaha memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi.
SADA komited untuk terus memperkasakan sistem pengurusan prestasi yang lebih berfokus dan sistematik bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada pengguna.
