Kerja Naik Taraf Sistem Pengepaman LRA Bukit Pinang

690792455_948516044818531_961836197238856059_n.jpg

ALOR SETAR, 5 Mei 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) pada hari ini sedang melaksanakan kerja-kerja naik taraf sistem pengepaman di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kecekapan operasi bekalan air.

Kerja-kerja yang dilaksanakan melibatkan penggantian komponen utama sistem pengepaman termasuk injap sedutan dan injap penghantaran bagi memastikan sistem dapat beroperasi dengan lebih efisien dan stabil.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1SGR44qikP/

SADA telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan kerja-kerja ini dapat disiapkan mengikut jadual serta meminimumkan kesan kepada pengguna.

Para pengguna juga dinasihatkan untuk menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan berjadual ini dan pihak SADA amat menghargai kesabaran serta kerjasama yang diberikan.