Sambutan Hari Air Sedunia 2026 Peringkat Negeri Kedah
LANGKAWI, 30 April 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menyertai Sambutan Hari Air Sedunia 2026 Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung di Dataran Chenang, Langkawi.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor dan turut menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai agensi negeri dan persekutuan.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/18qsWkhDXR/
Sepanjang program, pelbagai aktiviti telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan sumber air secara lestari.
Dalam sambutan tersebut, SADA turut mencatat pencapaian apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Reruai Tercantik.
SADA merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah selaku penganjur atas penganjuran program yang bermanfaat serta memberi kesedaran berkaitan sumber air kepada masyarakat.
