SADA Sertai Pemeriksaan SPAN Tingkat Kesedaran Penggunaan Pam Air
SUNGAI PETANI, 27 April 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) pada hari ini telah menyertai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Wilayah Utara dalam satu sesi pemeriksaan tapak di kawasan Taman Lembah Bujang berikutan aduan tekanan air rendah yang dipercayai berpunca daripada penggunaan pam air.
Dalam sesi tersebut, penekanan diberikan kepada kaedah pemasangan pam yang betul, termasuk kepentingan pemasangan tangki sedutan sebelum penggunaan pam bagi mengelakkan gangguan kepada sistem bekalan air sedia ada.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1DvuteqSDJ/
Selain itu, risalah panduan turut diedarkan kepada penduduk sebagai langkah meningkatkan kesedaran berkaitan penggunaan pam yang betul.
Usaha ini diharap dapat membantu meningkatkan kesedaran pengguna serta menggalakkan penggunaan pam air yang lebih teratur tanpa menjejaskan kestabilan sistem bekalan air.
