Gangguan Bekalan Air Akibat Vandalisme di Rumah Pam Paya Suri

672680217_935132286156907_4920351508483623301_n.jpg

ALOR SETAR, 19 April 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) memaklumkan bahawa telah berlaku gangguan bekalan air di beberapa kawasan berikutan kerosakan pada sistem pengepaman di Rumah Pam Paya Suri akibat perbuatan vandalisme.

Kejadian tersebut melibatkan kehilangan komponen penting sistem mekanikal dan elektrikal yang menyebabkan operasi rumah pam terjejas serta mengganggu agihan bekalan air kepada pengguna.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1EAwyZ9a8p/

Antara kawasan terlibat termasuk Kampung Batu 5, Bukit Inas, UiTM, MRSM, Lembah Bujang Utama Fasa 5, Kampung Pengkalan Bukang, Teluk Cek Lela, Pengkalan Langgar, Sungai Gelam Kedai dan kawasan sekitar yang melibatkan anggaran 3,500 akaun pengguna.

SADA telah mengambil tindakan segera dengan melaksanakan kerja-kerja pembaikan bagi memulihkan semula sistem pengepaman dengan kadar segera.

SADA memandang serius insiden vandalisme ini kerana ia bukan sahaja menjejaskan operasi, malah memberi kesan langsung kepada pengguna.

Orang ramai diseru agar melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.