Projek Naik Taraf LRA Bikan

672668507_932837713053031_3105930073251733084_n.jpg

ALOR SETAR, 16 April 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengadakan satu sesi perbincangan berkaitan penyediaan Terma Rujukan bagi pelantikan perunding untuk Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air Bikan dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) sebagai agensi pelaksana.

Sesi yang diketuai oleh Pengurus Besar Teknikal & Operasi SADA, Ts. Hizaruddin Razak ini telah berlangsung selama dua hari pada 14 & 15 April 2026 di Dewan Seminar Menara SADA.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1ap7sWaVLc/

Sesi ini diadakan bertujuan bagi mendapatkan maklumat-maklumat teknikal daripada pihak SADA bagi membantu JPS dalam proses penyediaan dokumen pelantikan perunding serta memastikan keperluan operasi diambil kira dalam pelaksanaan projek tersebut.

Projek naik taraf ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3,840 akaun pengguna, melibatkan kawasan seperti Kampung Batu Puteh, Taman Sena Labu Besar, Ulu Bakai, Kampung Ulu Tawar serta kawasan sekitar.

Diharapkan agar hasil perbincangan ini dapat melicinkan segala urusan pelaksanaan projek naik taraf LRA Bikan sekali gus memberi manfaat kepada rakyat Negeri Kedah.