Lawatan Rasmi PAAB ke SADA Perkukuh Kerjasama Strategik
ALOR SETAR, 15 April 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menerima lawatan rasmi daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dalam satu sesi yang berlangsung di Menara SADA, hari ini.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Operasi SADA, Ir. Saiful Azlan Mat Radhi dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Kewangan PAAB bersama pegawai-pegawai daripada jabatan berkaitan.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1GTn8uPVt6/
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama serta memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pandangan, khususnya melibatkan aspek kewangan dan pengurusan aset dalam industri bekalan air.
Dalam sesi tersebut, turut diadakan perbincangan berkaitan operasi dan kewangan termasuk kaedah pembiayaan serta aspek pengurusan aset yang berkaitan dengan perkhidmatan bekalan air.
Program ini juga menjadi platform untuk sesi perkenalan antara pasukan kewangan dan hasil kedua-dua organisasi bagi meningkatkan koordinasi serta kefahaman dalam urusan yang melibatkan kerjasama strategik antara SADA dan PAAB.
