Kerja Kecemasan Pembaikan Paip di Alor Senibong

667344545_925147260488743_6408494911155230090_n.jpg

ALOR SETAR – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah melaksanakan kerja kecemasan pembaikan paip berikutan kebocoran paip bersaiz 900mm yang dikesan di kawasan Kampung Alor Senibong.

Kerja-kerja pembaikan mula dilaksanakan pada jam 8.00 malam tadi dengan anggaran tempoh pelaksanaan antara 6 hingga 8 jam.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1DTYoSzev6/

Sehubungan itu, gangguan bekalan air dijangka berlaku melibatkan kira-kira 9,670 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar Daerah Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Yan.

Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan bekalan air secara berhemah dan segala kesulitan yang berlaku amat dikesali.