Lawatan Ketua Pegawai Eksekutif SADA ke Wilayah Langkawi Perkukuh Usaha Tangani Isu Bekalan Air
LANGKAWI, 4 April 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengadakan lawatan kerja ke Wilayah Langkawi yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Radzuan Osman bagi meninjau operasi serta perkembangan projek berkaitan bekalan air di beberapa lokasi terlibat pada 1 & 2 April 2026 yang lalu.
Sepanjang lawatan ini, pihak SADA telah meneliti pelbagai isu bekalan air yang dihadapi pengguna di beberapa kawasan sekitar Langkawi, antaranya Pulau Tuba, Selat, Kampung Belanga Pecah dan Datai.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/18BwbSTyEa/
Antara fokus utama adalah mengenal pasti punca gangguan serta menilai langkah penyelesaian yang sedang dan akan dilaksanakan, termasuk kerja-kerja penambahbaikan sistem agihan, pembaikan fasiliti sedia ada serta cadangan pembinaan infrastruktur baharu bagi meningkatkan kestabilan bekalan air.
Lawatan ini juga memberi peluang kepada pihak pengurusan untuk melihat sendiri keadaan semasa di lapangan, di samping memastikan tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
SADA akan terus komited dalam usaha menambah baik sistem bekalan air di Langkawi bagi memastikan pengguna menerima bekalan yang lebih stabil dari semasa ke semasa.
