Projek Penambahbaikan Bekalan Air di Taman Sri Putra

654685855_909992602004209_3316684553451145112_n.jpg

KUALA KEDAH – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Pengurusan Wilayah Utara 1 telah melaksanakan tinjauan ke tapak projek penambahbaikan sistem bekalan air di kawasan Taman Sri Putra pada hari ini.

Tinjauan tersebut diketuai oleh Pengurus Wilayah Utara 1, Ts. Helmi Mohamad Jusoh bagi melihat perkembangan kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1BoSmUV1eY/

Antara skop kerja terlibat adalah pemasangan paip pintasan sepanjang 50 meter dari Rumah Pam sehingga ke hadapan Tabika Taman Sri Putra, selain pengaktifan sistem mekanikal dan elektrikal di Rumah Pam berkenaan.

Pelaksanaan kerja-kerja ini bertujuan untuk meningkatkan tekanan air di kawasan terlibat seterusnya memastikan bekalan air dapat disalurkan dengan lebih stabil kepada pengguna melalui sistem pam sedia ada.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan SADA dalam menambah baik sistem bekalan air, khususnya di kawasan yang dikenal pasti menghadapi isu tekanan air rendah terutamanya ketika musim perayaan atau cuti sekolah.

SADA akan terus memantau perkembangan projek ini dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanannya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna.