Sentuhan Ummah LZNK - Daerah Kota Setar

654215936_909221772081292_7089521803222554256_n.jpg

ALOR SETAR, 18 Mac 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) pada hari ini telah menyertai Program Sentuhan Ummah anjuran Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di Mukim Lepai. Sebanyak lima buah rumah keluarga asnaf di kawasan sekitar telah disantuni oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman.

Sumbangan yang disampaikan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan asas yang boleh digunakan oleh para penerima sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1HCkbs4nLF/

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LZNK, Dr. Mohd Faisal Mustaffa, Pengurus Kanan Jabatan Korporat, Puan Siti Syuhairah Sobri, Tuan Imam Masjid Nurul Huda serta para pegawai daripada SADA dan LZNK.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan dalam menyantuni golongan asnaf secara lebih dekat, di samping memastikan bantuan yang disalurkan dapat memberi impak secara langsung kepada penerima.

Pendekatan ziarah dari rumah ke rumah ini juga memberi ruang kepada SADA untuk memahami dengan lebih mendalam keperluan sebenar setiap keluarga, seterusnya membantu dalam merancang bentuk bantuan yang lebih bersasar dan berkesan di masa akan datang.

SADA akan terus komited untuk dalam melaksanakan program kebajikan seumpama ini demi memastikan kesejahteraan masyarakat negeri Kedah sentiasa terpelihara.