SADA Bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri Rai 100 Orang Anak Asnaf Jeneri
SUNGAI PETANI, 7 Mac 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), Tuan Radzuan Osman pada hari ini telah menyertai Program Beli Belah Kelengkapan Hari Raya Aidilfitri bersama penerima dalam kalangan anak-anak asnaf sekitar DUN Jeneri.
Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Jeneri dengan kerjasama SADA ini telah berlangsung di MYDIN Taman Batik, Sungai Petani.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1DDH1H3u2B/
Melalui program ini, seramai 100 orang penerima berpeluang membeli kelengkapan pakaian Hari Raya Aidilfitri sebagai persediaan menyambut Syawal yang bakal tiba.
Turut hadir memeriahkan program ialah Pengurus Kanan Jabatan Korporat SADA, Puan Siti Syuhairah Sobri, Pengurus Wilayah Tengah, Encik Mohd Ashraff Mohd Shariff bersama wakil daripada PKWR DUN Jeneri.
Penganjuran program seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara SADA dan masyarakat setempat, malah menyemai semangat kebersamaan dalam menyantuni golongan yang kurang bernasib baik.
SADA berharap sumbangan ini dapat menceriakan para penerima serta memberi kegembiraan kepada mereka dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
