Program SADAQAH Ramadan 1447H - Wilayah Tengah
GURUN, 6 Mac 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Pengurusan Wilayah Tengah telah melaksanakan Program SADAQAH Ramadan 1447H yang berlangsung di Masjid Pekan Gurun, semalam.
Program ini melibatkan penyampaian sumbangan Wakalah Zakat Perniagaan SADA kepada seramai 25 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf di kawasan sekitar.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1JHH7JepfJ/
Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Wilayah Tengah, Encik Mohd Ashraff bin Mohd Shariff sebagai usaha membantu meringankan beban para penerima sepanjang bulan Ramadan.
Selain penyampaian sumbangan, program ini turut disusuli dengan Majlis Berbuka Puasa yang menghimpunkan warga kerja SADA bersama komuniti setempat dalam suasana penuh kemesraan.
SADA berharap inisiatif seumpama ini dapat terus memperkukuh hubungan antara syarikat dan masyarakat, di samping menyemai nilai keprihatinan dalam kalangan warga kerja.
