Mesyuarat Lembaga Pengarah SADA Bil. 1/2026
KUALA LUMPUR, 5 Mac 2026 – Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah SADA bilangan pertama bagi tahun 2026.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Dato’ Haji Mohammad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YB Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), YBhg. Dato’ Haji Fauzi bin Mustaffa; Ahli Parlimen Merbok, YB Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan; YBhg. Dato’ Seri Haji Mohd Shukri bin Abdull; Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah, Tuan Zafir Anuar bin Ghazali serta Ketua Pegawai Operasi SADA, Tuan Ir. Saiful Azlan bin Mat Radhi.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1GiXe7Vn78/
Mesyuarat pada kali ini memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan hala tuju strategik syarikat, termasuk pembentangan prestasi semasa, perancangan projek pembangunan infrastruktur bekalan air serta kelulusan Belanjawan SADA bagi tahun 2026. Mesyuarat ini turut menjadi platform bagi Ahli Lembaga Pengarah meneliti inisiatif serta perancangan yang dirangka bagi memastikan sistem bekalan air di Negeri Kedah terus diperkukuh selaras dengan keperluan semasa dan masa hadapan.
Dalam majlis sama, turut berlangsung simbolik penyampaian cek cura Sumbangan Korporat SADA kepada Pembangunan Kerajaan Negeri Kedah bernilai RM 10 juta.
SADA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah atas pandangan, komitmen serta sokongan berterusan dalam memperkukuh tadbir urus dan hala tuju strategik syarikat. Diharapkan segala keputusan yang dipersetujui dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan berkesan demi memastikan perkhidmatan bekalan air yang lebih stabil, berkualiti dan mampan kepada rakyat Negeri Kedah.
