Program SADAQAH Ramadan 1447H - Wilayah Timur
KUALA KETIL, 5 Mac 2026 — Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Pengurusan Wilayah Timur telah melaksanakan Program SADAQAH Ramadan 1447H sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) hasil agihan peruntukan Wakalah Zakat Perniagaan syarikat.
Program yang diketuai oleh Pengurus Wilayah Timur, Encik Shahril Firdaus bin Shuib ini telah berlangsung di Masjid Jamek Kampung Surau Bakai, Mukim Bakai, Kuala Ketil.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/178ZCsN9x1/
Sumbangan telah disampaikan kepada 33 orang penerima daripada kategori fakir dan miskin dalam bentuk wang tunai serta barangan keperluan asas bagi membantu meringankan beban mereka sepanjang bulan Ramadan juga sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Program turut diserikan dengan majlis jamuan iftar yang menghimpunkan penerima, wakil masjid serta kakitangan SADA.
SADA komited untuk terus memperluas pelaksanaan program kebajikan di seluruh Negeri Kedah sebagai usaha berterusan menyantuni komuniti serta memastikan manfaat zakat perniagaan syarikat disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
