Program SADAQAH Ramadan 1447H - Wilayah Selatan
KULIM, 27 Februari 2026 — Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Pengurusan Wilayah Selatan telah mengadakan majlis iftar dan penyampaian sumbangan kepada asnaf sempena Program SADAQAH Ramadan 1447H di Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, semalam.
Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Wilayah Selatan, YM Ts. Tunku Syaiful Reezal Tunku Suleiman kepada 25 orang penerima sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan serta Aidilfitri.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/16xDtLnwGg/
Turut berlangsung majlis berbuka puasa yang menghimpunkan para penerima, ahli kariah serta warga kerja SADA dalam suasana penuh kemesraan dan kebersamaan.
