Program SADAQAH Ramadan 1447H - Wilayah Utara 1
PENDANG, 26 Februari 2026 — Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Pengurusan Wilayah Utara 1 telah melaksanakan Program SADAQAH Ramadan 1447H sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Program yang diketuai oleh Pengurus Wilayah Utara 1, Ts. Helmi Jusoh ini dilaksanakan di dua lokasi melibatkan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf di sekitar daerah Pendang.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1AeraTANmf/
Lokasi pertama program diadakan di Surau Nurul Jannah, Kampung Hutan Kandis, Mukim Lepai, di mana sumbangan barangan keperluan asas telah disampaikan kepada wakil surau sebanyak 10 pek untuk diagihkan kepada 10 penerima asnaf.
Program kemudiannya diteruskan di Masjid Jamek Al-Lutfi, Kampung Batu Hampar, Pendang yang melibatkan penyerahan sebanyak 40 pek barangan keperluan asas kepada golongan asnaf, diikuti majlis berbuka puasa bersama penerima serta ahli qariah masjid.
Penganjuran program ini bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan di samping memperkukuh hubungan silaturahim antara SADA dan komuniti setempat.
