Kunjungan Hormat Jabatan Perumahan Negara Ke SADA

631691565_879625645040905_4315103893816027328_n.jpg

ALOR SETAR, 10 Februari 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Perumahan Negara (JPN) bagi membincangkan perkara berkaitan bekalan air, khususnya melibatkan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Setar.

Delegasi JPN disertai oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Perumahan JPN, Encik Badrul Ridzuan bin Abdul Rahim bersama pegawai-pegawai kanan JPN.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1EEqw3A6GX/

Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman ini menjadi platform pertukaran pandangan dan penyelarasan kefahaman berhubung permohonan migrasi pemasangan meter air individu di PPR Kota Setar.

Dalam pertemuan ini, SADA telah memberikan penerangan berkaitan peranan dan had tanggungjawab syarikat selaku operator bekalan air, termasuk keperluan pematuhan kepada perundangan serta aspek teknikal yang berkuat kuasa. Penjelasan ini bertujuan memastikan setiap permohonan dapat dinilai secara menyeluruh, telus dan teratur.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik demi memastikan pengurusan bekalan air yang lebih efisien dan lestari untuk kesejahteraan rakyat.