Kunjung Hormat ADUN Bukit Selambau ke Wilayah Tengah SADA
SUNGAI PETANI, 9 Februari 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Pengurusan Wilayah Tengah telah menerima kunjungan hormat ADUN Bukit Selambau, YB Ustaz Azizan bin Hamzah bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan perkhidmatan bekalan air di kawasan tersebut.
Kesemua isu yang dibangkitkan telah diberikan penjelasan sewajarnya oleh Pengurus Wilayah Tengah, Ts. Mohd Ashraf bin Mohd Shariff bersama cadangan penyelesaian bagi memastikan penambahbaikan perkhidmatan dapat dilaksanakan secara berperingkat.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1HZx9u2jZV
SADA sentiasa komited untuk bekerjasama rapat dengan wakil rakyat dan pihak berkepentingan dalam memastikan perkhidmatan bekalan air yang lebih stabil dan berkesan kepada para pengguna.
