Majlis Pelancaran Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK)
KUALA LUMPUR, 9 Februari 2026 – Tuanku Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar duli berangkat hadir ke Majlis Pelancaran Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) di M Resort & Hotel, semalam.
Dalam majlis sama, Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin telah berkenan menerima cek cura sumbangan daripada Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) berjumlah RM100,000.00 yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/17ypqmigFY/
Penubuhan TASK bertujuan sebagai sebuah platform amanah bagi pengumpulan dan pengagihan dana kebajikan secara telus, tersusun dan berimpak, merangkumi enam teras utama termasuk Pendidikan, Kebajikan Sosial, Kesihatan dan Kesejahteraan, Pemuliharaan Alam Sekitar, Perlindungan Haiwan serta Sukan.
SADA berbesar hati dapat bersama-sama menyumbang kepada inisiatif murni ini dan akan terus komited menyokong usaha-usaha kebajikan yang memberi manfaat berpanjangan kepada rakyat dan komuniti di Negeri Kedah.
