Kecurian Paip Copper - DMZ Langkawi
LANGKAWI, 5 Februari 2026 - Untuk makluman satu kejadian kecurian paip copper telah dikesan melibatkan lima (5) lokasi kritikal di kawasan DMZ dan Sub PRV Langkawi. Kejadian ini disahkan melalui lawatan ke tapak oleh Jabatan Agihan / NRW SADA pada jam 6.00 pagi.
Hasil daripada pemeriksaan di lapangan mengesahkan kehilangan paip copper di beberapa lokasi utama. Setakat ini, lima (5) lokasi yang terlibat adalah seperti berikut DMZ L19 – Syed Nahar, DMZ L15 – Taman Langkawi, Sub PRV 15 –Taman Seri Aman Lama, Sub PRV 15 – Taman Indah dan Sub PRV 15 – Taman Desa Impian.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1S2523Vb4A/
Kejadian ini telah memberi kesan langsung kepada operasi sistem dan menyebabkan gangguan bekalan di 12 kawasan iaitu Taman Bukit Indah, Taman Indah, Taman Vokasional, Taman Mas, Taman Medan Berjaya, Taman Langkawi, Taman Desa Impian, Taman Seri Aman 1, Taman Seri Aman 2, Kampung Batu Asah, Kampung Kastam dan Taman Helang Perdana.
Pihak SADA akan menjalankan siasatan dan melaporkan situasi ini kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
