Pengurusan SADA Turun Padang Sertai Aktiviti ALC Di Daerah Langkawi
LANGKAWI, 2 Januari 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman bersama Pengurus Besar Teknikal & Operasi SADA, Ir. Saiful Azlan Mat Radhi serta semua Ketua Jabatan dan Wilayah telah menyertai Aktiviti (Active Leakage Control - ALC) bagi mengesan kebocoran paip air yang dijalankan di sekitar Langkawi, semalam.
Dalam sesi turun padang ini, pasukan daripada Jabatan Agihan / NRW SADA telah memberi penerangan berkenaan kaedah pengesanan kebocoran menggunakan peralatan khas dikenali sebagai Echologics, Vonroll dan Fido, iaitu alat yang membantu mengesan bunyi kebocoran air di dalam paip bawah tanah tanpa perlu menggali.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1AdLqgh7kR/
Pendekatan ini membolehkan kebocoran dikesan dengan lebih tepat, cepat dan berkesan sekali gus membantu mengurangkan pembaziran air terawat sekali gus meningkatkan kecekapan sistem agihan bekalan air.
Penglibatan pihak pengurusan ini mencerminkan komitmen SADA dalam memahami cabaran operasi di lapangan serta memastikan usaha pengurangan kehilangan Air Tidak Terhasil (Non Revenue Water – NRW) dilaksanakan secara berterusan demi manfaat kepada pengguna.
