Kayuhan Sihat & Amal - Siri 6 (Daerah Langkawi)
LANGKAWI – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Kelab Sukan, Kebajikan & Rekreasi SADA telah menganjurkan Program Kayuhan Sihat & Amal Siri 6 yang berlangsung di sekitar Daerah Langkawi.
Program ini melibatkan penyertaan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja SADA dari pelbagai jabatan dan wilayah seluruh Negeri Kedah.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1BXmdTqtpD/
Para peserta telah menempuh jarak kayuhan sejauh 25 kilometer merentasi beberapa kawasan di sekitar Daerah Langkawi.
Selain aktiviti kayuhan, program ini turut diselitkan dengan elemen kebajikan melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila para peserta telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada tiga (3) buah keluarga yang memerlukan di sepanjang laluan kayuhan.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja di samping menyemai nilai keprihatinan sosial serta memperkukuh hubungan silaturahim sesama warga kerja SADA.
SADA komited untuk terus menganjurkan program seumpama ini sebagai usaha berterusan dalam menjaga kesihatan mental serta fizikal warga kerja melalui penganjuran aktiviti riadah.
