Program Transformasi Kerjaya dalam Era Teknologi Artificial Intelligence (AI)

624740323_870831049253698_1590447438723553527_n.jpg

LANGKAWI, 30 Januari 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menganjurkan Program Transformasi Kerjaya dalam Era Teknologi Artificial Intelligence (AI) yang berlangsung semalam, 29 Januari 2026 (Jumaat).

Program ini melibatkan penyertaan seramai 104 orang kakitangan SADA dari seluruh negeri Kedah.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1ALgS9F44Z/

Melalui sesi perkongsian dan interaksi sepanjang program yang berlangsung selama tiga jam ini, para peserta didedahkan kepada asas penggunaan AI, khususnya penggunaan ChatGPT, serta bagaimana teknologi ini boleh dimanfaatkan sebagai alat sokongan bagi meningkatkan kecekapan kerja, kreativiti serta pengurusan maklumat secara lebih berkesan.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen SADA dalam memperkasa modal insan serta menyesuaikan warga kerja dengan perubahan teknologi semasa, selari dengan keperluan dunia kerja yang semakin digital dan pantas.

Diharapkan pendedahan ini dapat membantu kakitangan SADA memanfaatkan teknologi AI secara beretika dan berkesan dalam menyokong prestasi kerja serta penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti.