Sesi Libat Urus Teknikal SADA Bersama KHTP

622337846_867340806269389_2317258332054049603_n.jpg

ALOR SETAR, 27 Januari 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) terus komited memastikan kesiapsiagaan sistem bekalan air bagi menyokong pembangunan kawasan perindustrian utama negeri, khususnya projek pembangunan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) Fasa 5.

Sesi perbincangan dan penyelarasan bersama Kerajaan Negeri Kedah telah diadakan semalam 26 Januari 2026, dan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Dato’ Haji Mohammad Yusoff @ Munir bin Zakaria bagi membincangkan keperluan bekalan air semasa dan masa hadapan selaras dengan perkembangan pesat KHTP yang kini memasuki fasa pengembangan terbesar sejak penubuhannya.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1AVtUhwsZB/

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman, Pengurus Besar Teknikal & Operasi SADA, Ir. Saiful Azlan bin Mat Radhi dan Ketua Pegawai Pelaburan KTPC, Encik Mustaffa bin Said.

Perancangan awal ini penting bagi memastikan bekalan air yang mencukupi, stabil dan berterusan dapat disediakan, bukan sahaja untuk menyokong operasi industri berteknologi tinggi, malah bagi menjamin kesejahteraan pengguna kategori domestik di kawasan sekitar.

SADA sentiasa mengambil pendekatan proaktif melalui perancangan bersepadu dan kerjasama erat bersama agensi berkaitan bagi mengelakkan sebarang gangguan bekalan air, khususnya apabila permintaan air terus meningkat seiring pertumbuhan ekonomi dan kemasukan pelaburan baharu ke Negeri Kedah.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan SADA dalam menyediakan perkhidmatan bekalan air yang cekap dan mampan demi menyokong pembangunan negeri serta keperluan rakyat.