Program Subsidi Air Asnaf Cerminan Komitmen SADA dan LZNK dalam Menjamin Kebajikan Golongan Asnaf

612510218_851598274510309_8263369925917422823_n.jpg

ALOR SETAR, 7 Januari 2025 – Program Subsidi Air Asnaf yang dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah dilancarkan secara rasmi pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kedah Bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, YBhg. Dato’ Syeikh Zakaria Othman telah menurunkan tandatangan sebagai simbolik pelancaran program, yang disaksikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor serta Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Seri Haji Norizan Khazali.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/185LiM7ezi/

Program Subsidi Air Asnaf merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) terbaharu SADA yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup golongan asnaf agar mereka dapat terus menikmati kemudahan bekalan air terawat tanpa tekanan kewangan. Pada masa yang sama, SADA turut meneruskan pelaksanaan subsidi air sedia ada kepada golongan miskin dan miskin tegar yang layak serta berdaftar dalam sistem e-Kasih, yang telah dilaksanakan sejak tahun 2018.

Melalui program ini, bantuan subsidi akan disalurkan secara potongan terus ke atas bil air bagi 1,000 akaun penerima yang layak di bawah kategori Domestik (Meter Individu), dengan nilai subsidi antara RM8.10 hingga RM16.20 sebulan, bersamaan penggunaan 20 meter padu dan ke bawah.

Program Subsidi Air Asnaf ini merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia yang memberi tumpuan khusus kepada golongan asnaf sebagai penerima subsidi bil air, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Kedah, SADA dan LZNK dalam memastikan kebajikan golongan asnaf sentiasa terpelihara.