Mesyuarat Lembaga Pengarah SADA Bil. 3/2025

595014959_829432923393511_1435692726322120957_n.jpg

ALOR SETAR, 8 Disember 2025 – Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah SADA Bilangan 3 Tahun 2025 yang berlangsung di Menara SADA.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Dato’ Haji Mohammad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YB Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), YBhg. Dato’ Haji Fauzi bin Mustaffa; Ahli Parlimen Merbok, YB Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan; YBhg. Dato’ Seri Haji Mohd Shukri bin Abdull; Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah, Tuan Zafir Anuar bin Ghazali serta Ketua Pegawai Operasi SADA, Tuan Haji Zulazni bin Mohd Noor.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/17Qc8sJvQu/

Mesyuarat pada penghujung tahun ini memberi tumpuan kepada penyelarasan hala tuju strategik, penilaian prestasi semasa, kelulusan Belanjawan SADA 2026, serta penetapan keutamaan syarikat bagi menghadapi cabaran dan keperluan tahun hadapan. Pelbagai perkara penting berkaitan operasi, pembangunan infrastruktur dan peningkatan mutu perkhidmatan turut dibincangkan.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan Sistem Bekalan Air SADA 2025–2029, yang menjadi pemacu utama transformasi digital SADA bagi mempertingkatkan kecekapan operasi, ketelusan data dan kualiti perkhidmatan kepada para pengguna melalui penyelesaian teknologi yang lebih moden dan efisien.

SADA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah atas komitmen yang dizahirkan. Semoga segala keputusan dan perancangan yang diputuskan dapat diterjemah melalui pelaksanaan yang berkesan demi memastikan perkhidmatan bekalan air yang lebih mampan dan lestari untuk seluruh rakyat Negeri Kedah.