Sesi Taklimat & Undian Pasukan Bagi Program Kick & Roll 2025

592382638_824221160581354_2708168605103913387_n.jpg

ALOR SETAR, 1 Disember 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menganjurkan Sesi Taklimat & Undian Pasukan bagi Program Kick & Roll 2025 yang berlangsung di Menara SADA.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman, dan turut dihadiri oleh Pengurus Besar Teknikal & Operasi, Ir. Saiful Azlan Md Radhi, Pengurus Kanan Jabatan Korporat, Puan Siti Syuhairah Sobri, serta Pengurus Wilayah Tengah, Encik Mohd Ashraf Mohd Shariff.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1MEf2jMoyj/

Program Kick & Roll 2025 merupakan kejohanan sukan berskala kecil bersempena Sambutan Jubli Baiduri SADA, melibatkan dua acara iaitu Bola Sepak 9 Sebelah dan Boling Berpasukan.

Sebanyak 15 agensi/jabatan/syarikat yang berkaitan secara langsung dengan pengoperasian SADA telah diundang untuk menyertai kejohanan ini yang dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 Disember 2025.

SADA berharap penganjuran Kick & Roll 2025 dapat mengukuhkan hubungan kerjasama dengan rakan-rakan strategik serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan semua peserta.