Program Kongsi Kasih Sayang

587948399_817367867933350_3622476628784483031_n.jpg

ARAU, 22 November 2025 - Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) dengan kerjasama Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program Kongsi Kasih Sayang. Program tersebut telah diadakan di Rumah Seri Kenangan Arau, Perlis.

Rumah Seri Kenagan Arau tersebut terdiri daripada 102 orang penghuni yang terdiri daripada 5 kategori iaitu pesakit sihat, pesakit terlantar, pesakit separa terlantar, pesakit mental terkawal dan pesakit mental berkurang.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1DHd2cQ8Fa/

Program ini merupakan sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SADA yang dijayakan bersama kakitangan SADA yang sedang mengikuti Program Sijil Eksekutif Level 1 & Level 2 di UUM. Peserta turut bersama-sama menjana kutipan dalam menyumbangkan pokok, tanah dan pasu sebagai sebahagian dari sumbangan kepada penghuni rumah tersebut.

Antara objektif yang berjaya dicapai ialah mewujudkan suasana ceria di kalangan penghuni selain dapat menyantuni penghuni agar penghuni tidak merasa disisihkan dari masyarakat.

Program tersebut telah dihadiri oleh Puan Siti Syuhairah Binti Sobri, Pengurus Kanan Jabatan Korporat SADA yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman. Untuk makluman, program seumpama ini selaras dengan aspirasi syarikat dalam menyumbang kembali kepada orang ramai melalui penganjuran program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

#TanggungjawabSosialKorporat