Program Advokasi Kesedaran Penjimatan Air
LANGKAWI, 12 November 2025 - Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) pada hari ini telah mengadakan program advokasi kesedaran penjimatan air, bertempat di Sekolah Menengah Ayer Hangat, Langkawi.
Pihak Sekolah Menengah Ayer Hangat, Langkawi telah menjemput SADA untuk memberikan sedikit taklimat sempena Minggu Pendidikan Alam Sekitar. Program yang disertai oleh 300 orang pelajar di kalangan pelajar Tingkatan 1 & 2 ini diadakan sebagai salah satu inisiatif SADA untuk memupuk kesedaran dan pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan menggunakan air secara berhemah dalam melakukan aktiviti harian. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Harmizan Bin Haris, Penolong Pengurus Korporat SADA Wilayah Langkawi.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/12HMdedks4G/
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kehadiran SADA dalam program ini. Semoga objektif penganjuran program ini tercapai dan memberi manfaat kepada semua pihak.
#JomJimatAir #SetiapTitisanBernilai #TanggungjawabSosialKorporat
