Mesyuarat Pengurusan SADA Bil. 3/2025 & Mesyuarat Jawatankuasa Pemurnian Bajet 2026
4 - 6 November 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengadakan dua sesi penting bagi memperkukuh tadbir urus dan perancangan strategik syarikat, iaitu Mesyuarat Pengurusan SADA Bil. 3/2025 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemurnian Bajet 2026.
Mesyuarat Pengurusan SADA telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Radzuan bin Osman, dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi, Tuan Haji Zulazni bin Mohd Noor, Pengurus Besar Teknikal & Operasi, Ir. Saiful Azlan bin Md Radhi, bersama ketua-ketua jabatan dan pengurus-pengurus wilayah.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1BdjvaGXrx/
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada penilaian prestasi semasa serta hala tuju strategik syarikat dalam mempertingkat mutu perkhidmatan bekalan air di Negeri Kedah.
Sementara itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pemurnian Bajet 2026 turut dipengerusikan oleh Tuan Radzuan bin Osman, dengan penglibatan pengurusan tertinggi dan ahli Jawatankuasa Bajet bagi meneliti serta memperincikan cadangan bajet pengoperasian syarikat secara keseluruhan bagi tahun 2026.
SADA komited untuk terus memperkukuh tadbir urus korporat serta melaksanakan strategi yang berkesan demi manfaat berterusan untuk rakyat Negeri Kedah.
