Kerja-Kerja Naik Taraf Sistem Pengepaman LRA Bukit Pinang Fasa 4
			
			
			ALOR SETAR, 3 November 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) sedang melaksanakan kerja-kerja naik taraf sistem pengepaman di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 4 yang melibatkan penggantian injap penghantaran (delivery valve) dan injap sedutan (suction valve) bagi sistem pam air mentah dan pam angkat tinggi.
Kerja-kerja ini dilaksanakan bagi memastikan sistem pengepaman di loji tersebut dapat beroperasi dengan lebih efisien dan stabil, seterusnya meningkatkan keupayaan bekalan air kepada pengguna di kawasan Kota Setar dan sekitarnya.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1SHi4NuVsn/
Sepanjang tempoh pelaksanaan, LRA Bukit Pinang Fasa 4 dihentikan sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja teknikal tersebut. Bekalan air dijangka kembali pulih secara berperingkat sebaik kerja di tapak selesai dan sistem pengepaman beroperasi seperti biasa.
SADA akan melakukan pemantauan berterusan di lapangan dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan proses pemulihan bekalan air berjalan lancar.
Maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air ini akan dimaklumkan dari masa ke masa melalui platform media sosial dan laman sesawang rasmi SADA di www.sada.com.my. Para pengguna juga boleh menghubungi talian careline i-SADA di 15404 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
				  
				  
				  
				  
				  
				  
				  
			  
		
			
			
			
			
			
			
			
			