Sesi Dialog Dan Perbincangan SADA Bersama Rehda Kedah/Perlis

571792684_798181036518700_9118003085536744484_n.jpg

ALOR SETAR, 30 Oktober 2025 - Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman telah menyertai sesi dialog dan perbincangan bersama pihak Real Estate and Housing Developers Association (REHDA) Kedah/Perlis di Menara SADA hari ini bagi membincangkan hal-hal berkaitan kelulusan projek perumahan di Negeri Kedah.

Melalui sesi ini, SADA turut memberi penerangan tentang situasi semasa bekalan air di Negeri Kedah kepada REHDA yang berfungsi sebagai perantara atau wakil kepada pemaju perumahan.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1BXPwx5pVM/

Kerjasama strategik antara SADA dan REHDA dilihat penting bagi memastikan setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan secara mampan tanpa menjejaskan keupayaan bekalan air terawat di negeri ini.

Delegasi REHDA diwakili oleh Pengerusi, Encik Yeoh Su Guan, Mantan Pengerusi, YBhg. Dato’ Rick Cheng Wooi Seong dan lain-lain.

Turut hadir bagi pihak SADA ialah Ketua Pegawai Operasi SADA, Tuan Haji Zulazni bin Mohd Noor, Pengurus Kanan Jabatan Mekanikal & Elektrikal, Ir. Mohammad Sharttirq bin Mazelan, Pengurus Jabatan Perumahan, Ts. Mohd Shukor bin Shuaib serta pengurus-pengurus wilayah.

SADA menghargai komitmen dan kerjasama REHDA Kedah/Perlis dalam sesi ini. Semoga pertemuan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak, ke arah pembangunan negeri yang lebih mampan dan seimbang.