Lawatan Kerja Pengerusi Dan Anggota SPAN Ke Pulau Langkawi

LANGKAWI, 22 Oktober 2025 – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang diketuai oleh Pengerusi SPAN, YBhg. Datuk Ir. Abdul Kadir bin Mohd Din dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, YBhg. Dato’ Haji Ahmad Faizal bin Abdul Rahman, bersama delegasi telah mengadakan lawatan kerja ke Pulau Langkawi.
SADA diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Radzuan bin Osman, Ketua Pegawai Operasi, Tuan Haji Zulazni bin Mohd Noor dan Pengurus Besar Teknikal & Operasi, Ir. Saiful Azlan bin Mat Radhi, bersama barisan pengurusan kanan dan pegawai.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/16YY6M1ZZb/
Lawatan kerja ini diadakan bagi meninjau operasi perkhidmatan bekalan air secara keseluruhan yang merangkumi aspek sumber air, proses rawatan serta agihan di Pulau Langkawi.
Sepanjang lawatan, delegasi SPAN turut diberikan taklimat mengenai status semasa pengoperasian bekalan air di Pulau Langkawi oleh Ir. Saiful Azlan Mat Radhi, yang turut menjelaskan beberapa cabaran teknikal di lapangan serta pelan penambahbaikan berterusan yang dilaksanakan oleh SADA.
SADA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SPAN atas lawatan dan sokongan berterusan yang diberikan. Diharapkan kerjasama erat ini akan terus diperkukuh dalam usaha memastikan perkhidmatan bekalan air di Negeri Kedah kekal mampan dan lestari.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara







