Polisi Perlindungan Data Peribadi SADA
Notis ini bertujuan bagi mematuhi kehendak penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) (Akta 709) yang telah berkuatkuasa mulai 15 November 2013 dan bagi memaklumkan hak-hak Pengguna keatas data-data peribadi (“Data Peribadi”) yang telah dan akan Pengguna berikan kepada Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) sebagai ‘Pengguna Data’ bagi tujuan bekalan air. SADA telah didaftarkan sebagai Pengguna Data oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia pada 17 Mac 2014.
DATA PERIBADI PENGGUNA
Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) akan memproses Data Peribadi berikut seperti yang diberikan oleh Pengguna kepada pihak SADA atau wakilnya bagi proses pembekalan air dan perkhidmatan lain yang diberikan yang berkaitan dengan bekalan air :
- Nama
- Nombor Kad Pengenalan / passport
- Butiran terperinci seperti alamat premis berkenaan, no. telefon bimbit, no. telefon, rumah/pejabat, no faks dan alamat e-mail
- Maklumat akaun bil air
- Lain-lain Data Peribadi yang diperolehi dari dokumen perundangan termasuk Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Sewaan, Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Pengesahan Wasiat, Surat Kuasa Wakil, Sijil Kelahiran Dan Sijil Kematian.
PEMPROSESAN DATA PERIBADI PENGGUNA
Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) akan memproses Data Peribadi Pengguna bagi tujuan berikut :
- Untuk tujuan pengenalan identiti dengan Pengguna
- Membekalkan air untuk premis Pengguna dan lain-lain perkhidmatan.
- Menyenggara pengkalan data dan proses-proses yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan
- Membangunkan dan menyenggarakan sistem bekalan air
- Mendapatkan wang yang kena dibayar
- Menjalankan penguatkuasaan mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655)
- Berkomunikasi dengan pengguna
Data Peribadi dan maklumat Pengguna sangat diperlukan oleh Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) bagi tujuan menyediakan perkhidmatan bekalan air dan agar tidak menjejaskan keupayaan untuk memberikan perkhidmatan seperti dinyatakan di atas.
KEPADA SIAPA DATA ANDA DIKONGSI
Tertakluk kepada pematuhan undang-undang dan kewajipan pengawalseliaan, Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) mungkin akan menzahirkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan seperti dibawah bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan :-
- Ejen dan Pembekal perkhidmatan / Tukang Paip
- Ejen Pemungut Hutang
- Pembekalan perkhidmatan pemprosesan data
- Mana-mana badan perundangan (regulatory bodies) atau agensi penguatkuasaan undang-undang atau orang perseorangan yang berhak melalui Perintah Mahkamah atau proses undang-undang
- Peguam yang dilantik untuk melindungi dan mempertahankan hak atau harta syarikat, kakitangannya dan syarikat-syarikat yang berkaitan dan/atau kumpulan syarikatnya.
- Sekiranya perkongsian diperlukan untuk melindungi kepentingan anda dan jika persetujuan anda sebelum itu tidak praktikal untuk diperoleh
- Dengan pihak ketiga yang telah kami berkontrak untuk memberikan perkhidmatan berkaitan bekalan air kepada anda.
SADA akan membenarkan pihak ketiga mengakses sistemnya bagi tujuan menyediakan perkhidmatan teknikal yang diperlukan dan untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan bagi pihak SADA, dengan syarat bahawa pihak ketiga tersebut terikat dengan Polisi Privasi SADA.
DARI MANA KAMI MENGUMPULKAN DATA ANDA
Kami memperolehi Data Peribadi anda dari pelbagai sumber seperti berikut:
Maklumat yang diberikan oleh anda secara fizikal di kaunter-kaunter perkhidmatan di Pejabat SADA sewaktu permohonan pembekalan air atau melalui pengisian maklumat melalui saluran digital seperti e-Aduan dan sistem FPX SADA.
BAGAIMANA KAMI MELINDUNGI DATA PERIBADI ANDA?
Kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi privasi data anda, baik dalam bentuk fizikal atau digital, ini termasuklah menyediakan prosedur dan langkah-langkah keselamatan yang mematuhi sistem keselamatan piawai standard. Langkah-langkah ini akan disemak secara berkala untuk memastikan ia berkesan dan mencukupi. Kami juga telah menyediakan sistem kawalan perlindungan privasi yang direka untuk memastikan data peribadi anda tetap selamat. Setiap kakitangan SADA mesti mematuhi polisi privasi dan kerahsiaan SADA. Hanya kakitangan SADA yang dibenarkan mengakses maklumat peribadi anda dan akses tersebut adalah terhad oleh keperluan. Di samping itu, mana-mana syarikat yang kami kontrakkan menjadi ejen dalam menjalankan perniagaan kami adalah dikehendaki untuk mematuhi perjanjian kerahsiaan bagi memastikan maklumat anda tetap selamat dan terjamin. Semua pekerja SADA dikehendaki membuat Akuan bahawa mereka memahami dan mematuhi Polisi Privasi ini. Pekerja yang melanggar polisi privasi kami adalah tertakluk kepada tindakan tatatertib.
PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN
Kami akan hanya menyimpan Data Peribadi anda sepanjang tempoh kami menyediakan perkhidmatan kepada anda sebagai memenuhi keperluan peraturan dan perundangan dan memenuhi keperluan dalaman SADA. Jika Data Peribadi anda tidak lagi memenuhi mana-mana keperluan di atas dan anda tidak lagi menjadi pelanggan kami, SADA akan memusnahkan dan memadamkan secara kekal Data Peribadi anda selepas tahun ke sepuluh (10) anda tidak lagi menjadi pelanggan SADA.
AKSES, PEMBETULAN DAN ADUAN
Pengguna boleh pada bila-bila masa (tertakluk kepada fi) mengemukakan permohonan bertulis meminta akses membuat pembetulan atau memohon untuk menghadkan pemprosesan terhadap Data Peribadi atau untuk apa-apa aduan ke alamat dan e-mel seperti berikut :-
PEGAWAI PEMATUHAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA)
892, Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Setar, Kedah.
Telefon: 04700500
Fax : 047400510
Email : kamal@sada.com.my