04-7400500 Ahad-Khamis: 8.00pg-5.00ptg

Polisi Syarikat

  • Sentiasa mengutamakan pelanggan melalui layanan yang cepat, tepat dan mesra.
  • Sentiasa mengutamakan kualiti dalam semua urusan yang dilakukan.
  • Sentiasa menilai dan melakukan pembetulan dan penambahbaikan ke atas tugas - tugas yang dijalankan.
  • Sentiasa menghayati nilai - nilai korporat yang ditetapkan.
  • Sentiasa berdisiplin, tekun dan amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
  • Sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia menerima perubahan dan idea - idea baharu.
  • Sentiasa mematuhi dasar, prinsip dan peraturan kerja yang ditetapkan.
  • Sentiasa mengamalkan semangat bekerjasama dan budaya kerja berpasukan.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan diri melalui pengetahuan, kemahiran dan intergriti.
  • Sentiasa peka terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Nilai Korporat

  • Menghargai masa.
  • Mengutamakan kualiti.
  • Mengutamakan pelanggan.

Nilai Sokongan

  • Amanah, proaktif, berilmu, kreatif, disiplin, inovatif, yakin, sabar, tekun, keterbukaan, berpasukan dan prihatin.

Dasar Kualiti

  • SADA komited untuk mencapai visi dan misi syarikat melalui pendekatan, pengurusan kualiti secara menyeluruh, penambahbaikan yang berterusan, profesionalisme kerja yang tinggi serta mematuhi undang - undang dan dasar syarikat dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan pada setiap masa.

Tema Korporat

  • Berintergriti, cepat dan berkualiti ke arah kecemerlangan.

Visi & Misi Syarikat

Visi

  • Menjadi syarikat perkhidmatan air bersih bertaraf regional.

Misi

  • Membekalkan air yang bersih, selamat serta mencukupi melalui perancangan dan pembangunan infrastruktur air yang lengkap.
  • Sistem agihan bekalan air yang berkesan, pemantauan kualiti air serta penggunaan teknologi terkini.
  • Perkhidmatan pengguna yang cekap dan terlatih kepada semua pengguna domestik dan komersial.
  • Pengurangan masalah Non Revenue Water (NRW) di Negeri Kedah.