04-7400500 Ahad-Khamis: 8.00pg-5.00ptg

KADAR TARIF AIR DI NEGERI KEDAH

KADAR BAHARU BERKUAT KUASA 01 FEBRURARI 2024 DAN PELAKSANAAN MULAI 01 MAC 2024

Kategori & Perihalan Jalur Kadar
Domestik
(Meter Individu - DM)

Bekalan air melalui meter individu atau meter petak ke perimis atau unit kediaman.
0 m³ - 20 m³ RM 0.75
21 m³ - 35 m³ RM 1.30
melebihi 35 m³ RM 1.75
Caj minima
(0 - 10 m³)
RM 7.50
Domestik
(Meter Pukal - DP)

Bekalan air melalui meter pukal ke bangunan kediaman bertingkat tinggi, komuniti berpagar, kuarters estet dan kuarters kerajaan.
Kadar rata RM 1.60
Caj minima
(0 - 10 m³)
RM 16.00

Bukan Domestik - BD
Premis komersial, industri, perdagangan, perniagaan, kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, hospital, perusahaan pemprosesan air (termasuk kios air), perladangan dan perkebunan.
0 m³ - 35 m³ RM 1.75
melebihi 35 m³ RM 2.15
Caj minima
(0 - 10 m³)
RM 17.50
Perkapalan - PK
Bekalan air untuk kegunaan di atas kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Kadar rata RM 7.10
Caj minima
(0 - 10 m³)
RM 71.00
Rumah Ibadat dan Institusi Kebajikan - IK
Rumah ibadat yang diluluskan oleh kerajaan atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau yang diluluskan oleh badan keagamaan berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan bagi memberikan kelulusan rumah ibadat.

Institusi kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau diberikan pengecualian cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri atau diiktiraf oleh kerajaan sebagai sebuah institusi kebajikan.
Kadar rata RM 1.00
Caj minima
(0 - 10 m³)
RM 10.00

*Kadar baharu bagi semua kategori tarif telah mengambil kira caj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) elektrik sebanyak RM0.10/m³

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)