SYARIKAT

Profil, Latar belakang dan Identiti syarikat
SADA merupakan sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
dan syarikat pengganti kepada Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah
yang telah dikorporatkan pada 1 Januari 2010.
LATAR BELAKANG

Pengkorporatan JBA: Akta Industri Perkhidmatan Air 2006

Pengkorporatan JBA adalah berikutan dengan pindaan perlembagaan persekutuan. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 telah digubal untuk diguna pakai dalam industri perkhidmatan air.

SADA beroperasi sebagai syarikat korporat, mementingkan pentadbiran yang berkualiti dan menjaga kepentingan rakyat Negeri Kedah supaya mendapat air bersih yang mencapai piawaian Kementerian Kesihatan
Malaysia dan World Health Organization (WHO).

SADA juga telah dapat membekalkan air yang bersih kepada rakyat negeri Kedah dengan kadar lebih murah berbanding negeri-negeri lain.
Visi & TEMA

Menjadi syarikat perkhidmatan air bersih bertaraf regional

Berintegriti, cepat dan berkualiti ke arah kecemerlangan

Dasar Kualiti, Falsafah & Polisi

Kami komited mencapai visi dan misi syarikat melalui pendekatan, pengurusan kualiti menyeluruh, penambahbaikan yang berterusan, profesionalisma kerja yang tinggi serta mematuhi undang-undang dan dasar syarikat dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan pada setiap masa.
  • Sentiasa mengutamakan pelanggan melalui layanan yang cepat, tepat dan mesra
  • Sentiasa mengutamakan kualiti dalam semua urusan yang dilakukan
  • Sentiasa menilai dan melakukan pembetulan dan penambahbaikan ke atas tugas-tugas yang dijalankan
  • Sentiasa menghayati nilai-nilai korporat yang ditetapkan
  • Sentiasa berdisiplin, tekun dan amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
  • Sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia menerima perubahan dan idea-idea baru
  • Sentiasa mematuhi dasar, prinsip dan peraturan kerja yang ditetapkan
  • Sentiasa mengamalkan semangat bekerjasama dan budaya kerja berpasukan
  • Sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan diri melaui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan integriti
  • Sentiasa peka terhadap pemeliharaan alam sekitar

Misi

“Membekalkan air yang bersih,selamat serta mencukupi melalui perancangan dan pembangunan infrastruktur air yang lengkap.” 
Sistem agihan yang berkesan, keberkesanan kawalan, pemantauan kualiti air, penggunaan teknologi terkini serta perkhidmatan pengguna yang cekap kepada semua pengguna domestik dan komersial. Melalui kecekapan urusan kutipan dapat mempertingkatkan hasil kutipan, pengurangan ‘Non Revenue Water’ (NRW), minimakan kos operasi dan mempelbagaikan sumber hasil bagi meningkatkan keuntungan kepada syarikat dan kerajaan negeri.
Profil korporat SADA
Muat turun profil syarikat terkini

Info Logo

Warna Biru

Warna Biru Melambangkan wawasan tinggi dan berpandangan jauh dalam usaha menjadikan syarikat air bertaraf dunia.

Gelombang Putih

Melambangkan keyakinan, komitmen dan kesabaran dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Bulatan

Melambangkan kerjasama, permuafakatan dan tekad dalam usaha mencapai visi dan misi SADA.